Want your
own Fotopage?






 
NorAlHidayah & AbdulWafi FotoPage

By: NorAlHidayah Tohiran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Thursday, 13-Nov-2008 07:11 Email | Share | | Bookmark
walimah sakinah...

gotong royong...
hantaran...
jiran dan rakan my MIL yg membantu..sarapan dulu..
View all 36 photos...
minggu kedua cuti raya kami di kg.Baru...
selain ziarah kaum keluarga yg dh lama xjumpa ada 'kejadian yg penting' berlaku dl minggu tu..walimah sakinah, anak ketiga Hj. Abdullah dengan pasangannya wan mohd farid wan mahadzer.
kejadian berlaku 11 oktober 2008...

as usual, majlis dirancang sederhana. elakkan membazir dan berlebih2han...
majlis akad nikah pkl10 pg di dewan pernikahan masjid wilayah persekutuan dan jamuan makan di masjid yang sama pkl12 tghari.
keluarga mmy pun datang dari johor, seremban n balakong utk memeriahkan majlis.
tetamu terdiri drpd saudara2, rakan2 pengantin dan sahabat terdekat my MIL n FIL.
pengantin sangat ceria, berseri dan bahagia. makanan pun ok.
tema keluarga kami hijau..sejukkkk jek mata.
majis berjalan lancar, sederhana dan meriah.. Alhamdulillah..

raja sehari yg diraikan...


our family...


our org kuat or tulang belakang or whatever la kan...


si kecik ni pun xkurang pentingnya, walau cuma pegang pintu..


us...


ucapan kepada aunty sakinah n uncle farid, semoga saat2 manis rumahtangga berkekalan hingga ke hujung nyawa. dikurniakan zuriat yg ramai,sihat dan soleh serta solehah.dimurahkan lagi rezeki dan di rahmati selalu. INGATLAH, dalam melayari bahtera hanya ada seorg sahaja nakhodanya. we love u so muah...
dilanjutkan dengan pertanyaan, ada belikan buahtangan utk kami ke tidak dari HK?



Wednesday, 29-Oct-2008 04:06 Email | Share | | Bookmark
syawal 2008...

projek budak2..
3sepupu dok bekepit..
bestnye jadi budak kan..
View all 18 photos...
tajuk atas ni mcm dah nak basi kan..
hehehehe..xpelah basi pun basi lah,kang klu sakit perut baca kita sesamalah g spital ye

taun ni kami raya d kg mmy kat simpang renggam johor,246km dari kg ddy di kg.baru kl...
ddy cuti 2weeks raya ni,seminggu kt johor seminggu kt kl..ddy start cuti 3hari sblm raya,tapi mmy n amni dh cuti dulu ler..kami dh tinggal ddy seminggu awal..ciann ddy kan..
aktiviti nak raya mmy mcm biasalah, membelasah dapur mak cukup2..konon tunjuk terror lah buat kuih raya.. mcm biasalah ada yg org dok puji2 rasanya, ada gak yg org dok pelik2 jek rasanya.. lg pun taun ni assistant mmy dh boleh tlg,klu taun lepas dia tlg mkn jek. taun ni dia nak gak menguli..so sebahagian adunan kena bg dia..dia mainlah sampai puas,kang dh boring dia tgl lah..aman sket mmy nak meneruskan projek..

taun ni semua adik beradik berkumpul..emmm kira2 44 org mengisi rumah dari sehari sebelum raya sampai raya ke 3..solat berjamaah,makan berjamaah n tidur pun kena berjamaah..
taun ni amni masih lagi pemegang 'kanak2 yg terkecil dan mendapat perhatian semua org',tapi taun depan xlagi ye syg..taun depan pak lang dh tambah ahli keluarga, insyallah..

tapi taun ni kami beraya sederhana jek,maksudnya xbanyak keluar beraya sgt..maklumlah atok amni tu dh uzur,xlarat nak jalan lama2..dia lebih selesa kat umah tgu org dtg..kami mengambil kesempatan ni dok umah lepak sesama jek lah..wat projek masak2 n makan2.. lg pulak diaorg dok beli sekor kambing utk raya..raya pertama rendang kambing, raya kedua sup tulang kambing n raya ketiga kari kambing..kalau masuk raya keempat gaknye semua dah bleh mengembek mcm kambing.. lg2 le ddy kami tu,dok pulun cukup2 sbb mmy jarang2 bg muka dia mkn kambing.. xpe eh ddy,setaun sekali..

seronok betul dpt berkumpul lagi semua tahun ni.yelah 2tahun sekali jek dpt mcm ni,sbb taun depan giliran sebelah kita plak yang berkumpul kan.. walaupun kdg2 pening gak kepala dek budak2 yg bermain,berlari dah menyepah dgn sangat meriah tu kan, tapi yelah kan nama pun bebudak..kalau dah pandai mengemas xla dipanggil budak2 plak kan.. tapi yg mak bapak budak pun ada yg xreti mengemas lepas wat sepah,lagi ke buruk perangai namanye tu..

apa pun happy sesangat dpt tgk wajah ceria atok n nenek,setelah selalu melalui hari2 sepi berjauhan dari anak dan cucu... atok plak ceritanya sebelum raya haritu dah xlalu nak makan. makan sket jek,xkira masa berbuka mahupun bersahur.. tapi bila rumah beransur penuh dengan cucu dia dah mula berselera dan dia yang paling sibuk nak sambut raya.. pasang pelita, anyam ketupat n beli kuih raya.. padahal taun2 sebelum ni dia dah xambil port sgt,maklumlah anak menantu yg sediakan semua.tahun ni dia org yg pertama yang buat benda2 tu semua.. Ya Allah! kau panjangkanlah umur n sihatkanlah tubuh badan kami untuk perjumpaan yang akan datang. kau berkati dan lindungilah anugerah silaturrahim yang kau berikan pada kami ini. aminn

semua ada kecuali pa uda yg belom sampai lg..


our lovely atok n nenek


kami ler...


pak long n mak long.


family mak ngah


family mak uda tanpa pak uda


family mak andak


family pak tam


family pak teh


family pak lang


acik ajim n acik fizah bersama atok n nenek.


kami pompuan 5 beradik dari 10 org.mmy lah yg paling kecik yapi saiz paling besar..



Tuesday, 30-Sep-2008 04:42 Email | Share | | Bookmark
sempena syawal...

 
 
 
View all 4 photos...
diakhir ramadhan hari ini, diucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin diatas keterlanjuran kata, kesalahan bahasa, kekurangan perbuatan mahupun sikap yg tak sedap dipandang... semoga hari raya ini disambut dengan gembira disamping keluarga serta rakan taulan yang tersayang. berhati2 dijalan raya. dari kami, daddy wafi, mummy diyah serta little amni.


Saturday, 12-Jul-2008 03:36 Email | Share | | Bookmark
anak jepun tulen...

Asna MUhammad Zaki.
nenek ngan baby..
tgk la kakak tu, bekepit jek dia..
View all 5 photos...
masa dok kl seminggu bulan june tempohari kami ada melawat new born baby.. baby jepun! ntah le mummy ni, kalau ckp pasal jepun jek mesti nak excited sket..
malumlah, dok teringin sgt nak g jepun ni... first sbb suka mkn sushi, tapi sushi king jek laa..

bebalik pada cerita baby k, amni dah dok sebut2 bila nak tgk baby.. mummy pun satu, baru plan2 tapi dah canang kt dia awal2.. apa lg, menuntut jek la dia..
nway, my MIL kenal org jepun dia kt masjid kg.baru..dia belajar mengaji kat sana.. so undang kerumah n ajak masuk usrah kt umah sekali.. jadilah kawan..
yg mummy tertarik, tentang pengislaman diaorg suami isteri.. suami, Muhammad Zaki dh peluk islam 7 tahu lepas kat jepun lagi.. dia memang minat mengkaji tentang agama... berbagai2 agama dipelajari, alhamdulillah Allah bg hidayah melihat suci dan sempurnanya islam.. sekarang dia bekerja di kedutaan jepun di sini, mengkaji n penerang budaya malaysia pada pelancong..
isteri pula, Huriya mengambil phd di malaysia.. mummy xingat pula dlm bidang apa.. dah 3 tahun tinggal di malaysia dan dah 2 tahun menganut agama islam.. diaorg berkahwin di malaysia dan majlis dia buat di kedah dengan keluarga angkat dengan budaya melayu..
baby girl tu pulak nama dia Asna Muhammad Zaki. comel betul mmy tgk... ..amni pun suka sgt, dok bekepit jek..

Huriya cerita setiap kelahiran baby warga jepun, kerajaan bg elaun dlm rm10 ribu utk seorg.. hehehe kalaulah kt malaysia mcm tu kan best
pastu dia punya cuti lepas bersalin 3 tahun daa.. setahun cuti bergaji n 2 tahun tanpa gaji.. so bg yg nak sambng keja lepas setahun pun boleh.. kat malaysia nak dptkan 90 hari pun dah kecoh



si amni ni dh nak masuk keta baru beria2 nak pakai tudung.. mmy pun rembat jek apa yg sempat pakaikan kt dia..


Friday, 11-Jul-2008 19:27 Email | Share | | Bookmark
suatu pagi yg nyaman di perhentian pagoh...

budak yg selalu bgn lambat,apa lg yg dibuat pepagi mcm ni..
tapi bila dh tgk playground, ceria jek ngan baju tido dia tu..
 
View all 14 photos...

7 june

masa ni kami dlm perjalanan balik ke simpang renggam dari kg.baru kl.. esoknye tu daddy dh nak fly ke miri... kami akan menyusul sebulan kemudian..
actually kami nak balik ke johor semalam petang, tapi ddy tukar plan sebab nak bg amni main puas2 ngan aunty2 n atok dia dulu..sbb pasni tgu raya ler baru jumpa lg..
dh tu lepas maghrib pun belum betolak2 gak, tukar lg plan esok pepagi plak sbb ddy pun dh penat malas nak drive memalam.. mmy ikut jek,sbb bukan mmy yg drive kan..
lg pun mlm tu kat umah ada usrah,bleh gak mmy usrah sekali sebelum balik..
kami pun dh pack semua beg siap2 dlm keta, so pepagi tu begegas le kami bertolak sbb mmy xkemas apa pun lg barang2 ddy ke miri tu.. so pulanglah kami pagi tu dengan lambaian selamat tinggal buat keluarga di kg.baru..panjang umur raya nanti kita berjumpa lagi dada!

namun ada insiden yg terjadi rentetan bertolak pagi hari itu..insiden yg Allah nak tunjukka pd mummy tentang halnya hati seseorag yg sekian lama dipendamkan.. dan mummy lebih lagi kenal hati budi dia selama ni...dan org disekeliling mummy juga.. bangkai gajah mana boleh nak tutup cuma dengan telapak tangan... mmy dh ambil pengajaran dari peristiwa2 sebelum ni, mengalah, bersabar dan abaikan jek walau hal yang belaku bagaikan bersultan dimata, beraja dihati... tapi bila diri sendiri yg membuka pekung di dada, apa lagi salah mummy.. dan kini mummy lebih berhati2 dlm menjalin hubungan sesama manusia.. buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali.. dan sebagai manusia yg xsempurna ni,kita sesalu terlupa apa yang kita sedap bercakap tu tak selari dengan perbuatan sendiri.. demi utk menang berkata2, kita lebih rela menipu dan mengada2kan cerita.. bagaikan diri org yg paling mulia.. dialah manusia yg paling sempurna tanpa cacat cela.. takpe, kalau Allah nak tunjuk dengan sekelip mata akan tebongkar la semua.. namun kalaupun Allah xnak tunjuk didunia, di akhirat xkan terlepas jua.. Allah, jadikan aku org yg berlapang dada belajar dari takdir yang Kau telah suratkan ini.. simpangkan aku dari sifat2 yang tak Kau redai..

semoga dengan peristiwa ni juga ingatkan mummy bahawa menjaga akhlak tu sangat penting utk cermin diri dan memberi contoh kepada org lain terutamanya bg seorang wanita.. sebaik2 perhiasan adalah wanita yg solehah.. ya Allah, cukuplah hanya Kau yg menilai diri ku, sebab Kau lebih mengetahui apa yg tersirat di dalam hatiku.. sebab kalau nak bercerminkan sesama manusia, takut irihati dan hasad dengki yang menjadi hakimnya..

kita lupakan insiden yg cuma membawa airmata,kita berbalik pada gambar2 yg membawa ceria..


muka amni yg sembab bangun tido..


walaupun amni dh berusia 2 tahun lebih tapi peluang dia nak main kt play ground mcm ni boleh dikira ngan jari.. rasanya 5 kali pun xsampai..kesian kan, maklumlah daddy dia sgtlah busy..




wajah yg sering bawa keceriaan dlm hidup mummy..


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net